Jutaan penduduk meratapi kematian bekas pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il. Stesen televisyen pemerintah menunjukkan imej orang ramai bersedih dan menangis di hadapan potret Jong-il, lelaki yang memimpin Korea Utara semasa negara berkenaan mengalami krisis kebuluran yang membunuh ratusan ribu penduduknya.
Tempat-tempat awam bertukar menjadi lautan orang ramai yang menangis semasa mereka melihat potret Kim Jong-il yang tersenyum," kata sebuah agensi berita rasmi Korea Utara.
Menurut agensi berita berkenaan, sekurang-kurangnya lima juta orang melawat potret dan patung Jong-il di sekitar ibu kota Korea Utara, Pyongyang, untuk memberi penghormatan terakhir kepadanya.
Angka tersebut mewakili lebih satu perlima daripada keseluruhan penduduk Korea Utara.
Mayat bekas pemimpin itu berada di dalam sebuah keranda kaca selepas beliau mati pada Sabtu lepas akibat serangan jantung semasa beliau berusia 69 tahun.
Jong-il menjadi pemerintah tertinggi Korea Utara selama 17 tahun dari 1994 hingga 2011 selepas kematian bapanya.
Beliau digantikan oleh anak bongsunya, Kim Jong-un yang baru berusia lewat 20-an sekali gus menjadi antara pemimpin negara termuda di dunia.
Lagi gambar-gambar kesedihan Korea Utara:
Untuk lagi feel, sila layan video ini:
Wak: Terbukti dorang ni sayang dengan pemimpin dorang. kita bagaimana?? he he he!
sumber