Saturday, June 25, 2011

Teori Final Maharaja Lawak 2011


Final Maharaja Lawak baru saja melabuhkan tirai.

Berikut adalah keputusan pertandingan:

Tempat Pertama: Sepah ( RM350 000)
Tempat Kedua: Jozan ( RM250 000)
Tempat Ketiga: Nabil ( RM150 000)
Tempat Keempat: Jambu ( RM50 000)

Jika menurut perkiraan matematik, Nabil lah yang paling banyak memenangi wang hadiah kemenangan.
Mari kita kira,

Sepah (ahli kump.: 3 orang) :: RM350 000 .. Setiap sorang akan mendapat RM116 667. 

Jozan (ahli kump.: 2 orang):: RM250 000 ... Setiap seorang akan mendapat RM125 000 nye pun kan. 

Nabil:: RM150 000 ... disebabkan Nabil peserta solo, maka dia menerima kesemua wang kemenangan tersebut. Bestt brooo...

Jambu (ahli kump.: 2 orang):: RM50 000 .. setiap seorang akan mendapat RM25 000. apa pun tak bole 

Kesimpulannya, Nabil yang mendapat wang terbanyak antara kesemua peserta::

1. Nabil RM150 000
2. Jozan RM 125 000 (setiap seorang)
3. Sepah RM 116 667 (setiap seorang)
4. Jambu RM 25 000 (setiap seorang)

Tahniah buat Sepah yang menjuarai Maharaja Lawak yang pertama. Anda memang terbaik. Tapi, bagi Wak, Jozan pun terbaik.. Raja Lawak Pertama dan Maharaja Lawak Pertama mereka mendapat tempat kedua. Tapi, Jozan lah yang mendapat job terbanyak dan paling berjaya dalam industri hiburan di negara kita yang terhasil dari fenomena Raja Lawak ini.

wak:: Maharaja Lawak lagi gempak daripada Akademi Fantasia. setuju??  sapa paling untung antara Nabil, Sepah, Jozan atau Jambu?? ASTRO lah yang paling untung nye pon kan hadoii

Klik Untuk Info seterusnya..

Wednesday, June 22, 2011

Merompak Bank Sebanyak $1 Demi Penjagaan Kesihatan

Inilah kisah benar seorang bernama Verone, rakyat Amerika....

James Richard Verone bangun pagi 9 Jun dengan tenang.

Mandi.

Menggosok baju.

Menaiki teksi.

Kemudian merompak bank.
Awal bulan ini, Verone (gambar), 59, berjalan ke bank di Gaston, Utara Carolina, dan kemudian memaksa pegawai bank menyerahkan wang sebanyak USD1. Dia kemudian dengan tenang dan sabar menunggu ketibaan polis untuk datang menangkapnya. 

Kini dia berada dalam penjara dan mempunyai temu janji dengan doktor minggu ini. Masalah Verone bermula apabila dia kehilangan kerja sebagai penghantar minuman coca cola yang dia lakukan selama 17 tahun disebabkan masalah ekonomi Amerika. Dia kemudian menemui kerja baru sebagai pemandu trak, tapi ianya tidak bertahan lama. Akhirnya dia menganggur. Dengan penyakit tulang belakang dan masalah di kaki kiri, dia akhirnya terdesak mencari wang untuk mendapatkan rawatan. Akhirnya, dia menemukan penyelesaian yang luar biasa. Merompak bank, kemudian ditahan, lalu dimasukkan ke dalam penjara, dan mendapatkan penjagaan diri secara percuma! Cuma inilah saja jalan yang terbaik. Dia tahu dia memerlukan bantuan, tapi dia tidak mahu menyusahkan adik beradiknya yang lain.

Maka, pada 9 Jun 2011, segala perancangan bermula. bangun pagi, mandi, menggosok pakaian. Dia menaiki teksi untuk membawanya ke bank RBC. Kemudian, dia memaksa juruwang memberikannya wang sebanyak $1. "Saya tidak takut" kata Veron. "Saya akan tunggu disini sehingga pegawai polis datang".

Akan tetapi, disebabkan dia cuma meminta wang sebanyak $1, Verone dikenakan tindakan sebagai  mencuri bukan merompak. Tapi dia menyatakan, jika hukuman yang dikenakan tidak cukup berat, dia merancang untuk melakukannya lagi dan akan meminta jumlah yang lebih besar. Akhirnya, dia dimasukkan ke penjara dan mendapatkan penjagaan kesihatan percuma seperti perancangannya.

Sebuah kata-kata daripada dia sendiri, "Jika anda tidak memiliki kesihatan, anda tidak memiliki apa-apa".

Dia memilih jalan terbaik daripada pilihan yang teruk. "Saya memilih penjara".

sumber:: Yahoo

Klik Untuk Info seterusnya..

Sejarah Kad Merah dan Kad Kuning dalam Bola Sepak

Apakah penggunaan kad merah dan kuning sudah dikenali seperti sekarang ini sejak bola sepak moden muncul? Jawapannya tidak. Kad merah dan kuning baru diperkenalkan pada Piala Dunia 1970.

Namun, inspirasinya muncul pada Piala Dunia 1966, pada perlawanan suku akhir  antara tuan rumah England dan Argentina. Pengadil pertandingan itu berasal dari Jerman, yakni Rudolf Kreitlein.

Kerana melakukan terjahan yang kuat, kapten Argentina, Antonio Rattin, dikeluarkan oleh Kreitlein. Namun, Rattin tak paham apa maksud pengadil yang berasal dari Jerman itu. Dia pun tak segera meninggalkan padang bola.

Pengadil England yang turut bertugas di pertandingan itu, Ken Aston, kemudian masuk ke padang. Dengan sedikit pengetahuan dalam bahasa Argentina, dia merayu Rattin untuk meninggalkan padang. Sebabnya, pengadil pertandingan, Rudolf Kreitlein, hanya tahu bahasa Jerman dan Inggris, ia kesulitan menjelaskan keputusannya kepada Rattin.

Kerana hal ini, Ken Aston kemudian berpikir. Perlunya komunikasi universal yang dapat difahami semua orang, ketika pengadil memberi peringatan kepada pemain atau mengeluarkannya dari padang. Dengan demikian, pengadil tak perlu membuat penjelasan dengan bahasa yang mungkin tak diketahui pemain.

Suatu hari, dia berhenti di persimpangan jalan. Melihat lampu lalu lintas, dia kemudian mendapatkan idea. Kemudian, dia mencadangkan supaya pengadil dibekalkan kad kuning dan merah. Kad kuning untuk memberi peringatan kepada pemain yang melakukan pelanggaran. Manakala kad merah untuk perlanggaran  yang teruk, dan pemain yang melakukan pelanggaran itu mesti keluar dari padang.

Idea itu diterima FIFA. Pada Piala Dunia 1970, kad kuning dan merah kali pertama digunakan. Akan tetapi, sepanjang Piala Dunia 1970 tak satu pun pemain yang dilayangkan kad merah. Hanya kad kuning yang sempat dilayangkan sehingga kad merah tak digunapakai pun pada Piala Dunia 1970.

Mesti pun idea tersebut datang daripada pengadil Inggris, negara itu tak serta merta menerapkannya di pertandingan bola di negara mereka. Kad merah dan kuning baru digunakan di kejohanan bola sepak Inggris pada 1976. Disebabkan pengadil kemudian terlalu mudah melayangkan kad dan diprotes banyak pemain, penggunaannya sempat dihentikan pada 1981 dan 1987.

Yang menariknya, idea ini diaplikasikan dalam pertandingan hoki. Bahkan, kad-kad peringatan dalam sukan hoki ini menggunakan tiga warna seperti lampu lalu lintas: hijau, kuning, dan merah. Hijau untuk peringatan, kuning untuk mengeluarkan pemain sementara waktu, dan merah untuk mengeluarkan pemain secara kekal.


the end...... layan pulak gelagat-gelagat pemain bola sepak yang dilayangkan kad::







wakaka kesian reff tu

Klik Untuk Info seterusnya..

Monday, June 20, 2011

5 Kekurangan Lelaki yang Menjadi Tarikan Wanita

Percaya atau tidak, menurut hasil kajian sebuah universiti di Amerika Syarikat, menyebutkan ada beberapa faktor kekurangan kaum Adam yang dapat menjadi daya tarik terhadap wanita!

Berikut adalah hasil kajian tersebut:

1. Kesan luka

Mungkin tidak ada yang menyangka bahwa kesan daripada luka ternyata dapat menjadi sebuah daya tarik. Dan uniknya bekas luka pada lelaki kadang-kadang dianggap sebagai lambang kejantanan oleh banyak perempuan. Apatahlagi jika mereka merasa tertekan dengan cerita di sebalik luka tersebut. Pasti si wanita akan lebih bersimpati.

2. Anda seorang yang pelik!

Geek atau si ulat buku mungkin selalu menjadi bahan cerita. Namun kini jangan terkejut jika lelaki yang Anda anggap geek/pelik ini ternyata memiliki kekasih cantik dan super seksi! Kelakuan 'aneh' lelaki tersebut justeru dianggap unik dan lain daripada yang lain. Para perempuan dewasa ini mungkin bosan dengan jenis lelaki yang nampak 'biasa-biasa' saja. Daripada memilih lelaki yang biasa mereka temui di tempat lepak, kini banyak perempuan yang memilih untuk keluar berdua dengan lelaki ulat buku yang memiliki mimpi besar untuk membuat roket dengan bahan bakar air.

3. Peluh


Peluh berlebihan pasti membuat kepercayaan diri berkurang. Namun bagi sebahagian perempuan, peluh kononnya dapat membuatkan lelaki kelihatan seksi. Apalagi peluh itu keluar ketika kaum lelaki tengah bersukan. Perempuan yang melihatnya pasti terkesima. Menurut sebuah kajian, pada saat berpeluh, lelaki mengeluarkan hormon androstadienone yang dapat memicu perempuan menjadi ghairah.

Namun yang perlu diperhatikan adalah kebersihan diri. Jika tubuh Anda tidak bersih, peluh yang keluar akan menimbulkan bau yang kurang sedap. Bukannya kelihatan seksi, anda malah akan dijauhi oleh perempuan!

4. Uban


Proses penuaan adalah hal yang pasti. Salah satu tanda-tandanya adalah timbulnya uban atau rambut putih. Kini tak perlu sibuk-sibuk menghitamkan rambut Anda secara rutin. Anda pasti ingat aktor Richard Gere yang dianggap semakin seksi ketika rambutnya memutih. Bisa jadi uban dijadikan lambang kematangan dan kedewasaan lelaki oleh sebagian perempuan. Jadi buat apa malu untuk memilikinya?

5. cermin mata


Menurut sebuah kajian di Stockholm, Sweden, perempuan kini lebih tertarik dengan lelaki bercerminmata. Kerana golongan ini lebih kelihatan bijak dan cerdas, boleh saja menjadi alasannya. Jadi bagi Anda yang memiliki penglihatan kurang baik, tak perlu ragu-ragu memakai cerminmata. Yang penting, sesuaikan bentuk bingkainya dengan bentuk wajah Anda.

wak: tak kesah klu ada yang kurang setuju c:

Klik Untuk Info seterusnya..

Thursday, June 2, 2011

Blackberry atau 'Blueberry' dalam Facebook

Facebook. ahhh aku da bosan. Tak tau nak watpa lagi ngan facebook ne. Nak update status pun malas je. Tapi maseh ramai gak la member2 yang aktif menghapdate status. nak pegi toilet pn nak update status. "out kejap, nak pegi buang air"-status update-.haha lebih kurang macam tu la. tapi aku xkesah la. korang nak tulis status apa2 pn kn. tu Fb korg. tp tulah, anda apa yang anda tulis. sedikit sebanyak orang bole tahu karakter korg mcm mna kn. ok la...kita masuk ke tajuk utama. korang mesti perasan kan, ramai yang update status guna blackberry, macam kat bawah ni:


Memang nampak up sket la bila status ada via Blackberry kan,. ramai gak la kawan2 kita yang update status via Blackberry tapi sebenarnya bukan la blackberry sangat pun. dorang juz guna application dalam Facebook tu. So, macam mana nak taw status via Blackberry yang sebenar atau via Blackberry guna application je. Lebih kurang macam blueberry la. nak tiru balckberry la katakan. ok la, macam ne,..

1. Ne pengguna Blackberry yang sebenar, bila korang klik via blackberry tu, dia trus ke page macam kat bawah ne:




2. haaa ne yang kita nak tau ne. Pengguna FB yang blagak guna blackberry. tp..xdala sangat. juz blueberry.haha klu nak taw, klik jak via blackberry tu,.klu dia trus ke page macam kat bawah ne, sah2 la dia tu blueberry...

  
haaa kan dah kantoi. tak perlu lah nak via blackberry bagaiii klu yang sebenarnya bukan la blackberry kan. Juz be yourself sudaaa....

Klik Untuk Info seterusnya..

Artikel Menarik Di Sini: