Bagaimana saya ‘menukarkan’ tiket penerbangan raya RM1180 kepada RM400. Berikut yang telah saya lakukan:
1. Asal tujuan adalah KUL – TWU (KL – Tawau). Tiket 2 ke 3 hari sebelum raya mencecah RM1180.
2. Laluan alternatif adalah KUL – BKI – TWU (KL – Kota Kinabalu – Tawau). Ini adalah penerbangan menggunakan ‘connecting flight’ MAS, AirAsia (AA) atau Malindo. Harga juga turut mencecah RM1000.
3. Lagi alternatif, KUL – Labuan, Labuan – BKI (via feri), BKI – TWU. Pun harga KUL – Labuan mencecah RM800.
4. Lagi alternatif, KUL – Bandar Seri Begawan – BKI. Pun tidak dapat. Laluan ni antara yang termahal.
4. Reda dan pasrah, beraya jauh di perantauan untuk tahun ini. Malam-malam sebelum beradu, otak selalu saja ligat berpusing mencari jalan untuk balik beraya. Hinggalah dikurniakan satu ilham.
5. KUL – MANILA – BKI – TWU
KUL – MANILA RM268
4 jam perjalanan
Harga asal RM298 (diskaun dari Traveloka RM30)
MANILA – BKI RM145
2 jam perjalanan
Sampai MANILA tengah malam – bersahur – kemudian terus sambung flight ke BKI awal pagi tu
BKI – TWU Free tumpang kereta member.
6 jam perjalanan darat melalui Kota Kinabalu-Papar-Keningau-Kalabakan-Tawau (laluan Keningau-Kalabakan tanpa akses line telefon selama 2 jam)
Jumlah pelaburan: RM268 + RM145 = RM413
Yang belajar dari pengalaman.
Friday, June 9, 2017
Bagaimana Saya Tukar Harga Tiket Penerbangan Balik Raya Dari RM1180 Ke RM400
6. Inilah sebahagian jihad dan perjuangan balik raya buat anak-anak Sabah di perantauan.
7. Walaupun tiada tol dan kesesakan PLUS semacam di Semenanjung, tetapi perjalanan balik sambil makan di atas awan itu menjadikan ianya mahal.
Irsyad,
Wednesday, June 7, 2017
Semakan Senarai Hitam Imigresen dan PTPTN
Ambil perhatian jika anda ingin ke luar negara. Sila pastikan yang anda tidak disenarai hitam oleh PTPTN, LHDN, perintah mahkamah dan PDRM mahupun diisytihar sebagai bankrap.
Untuk kemudahan, Jabatan Imigresen Malaysia telah menyediakan kemudahan kepada Warganegara Malaysia yang ingin menyemak status senarai hitam ‘blacklist’ Imigresen secara online atau semakan status kawalan imigresen untuk perjalanan ke luar negara.
Semakan Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Online
Anda dinasihatkan untuk membuat semakan blacklist Imigresen atau pasport ini sebelum merancang ke luar negara bagi mengelakkan sebarang masalah apabila mengetahui pasport anda tidak sah sewaktu tiba di lapangan terbang.
Antara punca nama disenarai hitam adalah dari senarai hitam oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti pihak keselamatan, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Jabatan Pendaftaran, LHDN dan PTPTN.
Applikasi Semakan Senarai Hitam Imigresen Online
Untuk membuat semakan Senarai Hitam Imigresen Online, sila klik Applikasi Semakan di bawah ini :
Sila masukkan No Kad Pengenalan dan tekan butang SEMAK
Jika anda tidak dihalang daripada meninggalkan negara ini, status semakan akan terpapar sebagai “Tiada Halangan” ( anda tak disekat )
Satu kaedah alternatif lain untuk memeriksa status imigresen adalah dengan menghubungi Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) di 03-88801000.
Semakan Senarai Hitam PTPTN
Kepada peminjam pinjaman PTPTN, semakan Senarai Hitam PTPTN boleh disemak dengan menggunakan pautan dibawah.
Semakan boleh di buat secara online dengan mengisi No Kad Pengenalan, No Telefon dan e-Mail. Untuk makluman, peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan akan disenarai hitamkan secara berperingkat.
Punca Individu Disenarai Hitamkan
Berikut adalah diantara punca atau sebab seseorang individu itu disenarai hitam atau dilarang ke luar negara:
- Gagal membayar cukai pendapatan
- Kegagalan membayar pinjaman PTPTN
- Gagal membayar levi pekerja asing
- Terlibat dalam kes jenayah
- Bankrap
- Menetap melebihi had yang dibenarkan di luar negara
Nasihat Tambahan
Anda juga dinasihatkan untuk menyemak status senarai hitam 24 jam sebelum berlepas.
Ini kerana terdapat laporan individu yang disenaraikan hitam beberapa jam sebelum
berlepas walaupun telah memeriksa beberapa kali yang menunjukkan
status "Tiada Halangan".
Ini kerana terdapat laporan individu yang disenaraikan hitam beberapa jam sebelum
berlepas walaupun telah memeriksa beberapa kali yang menunjukkan
status "Tiada Halangan".