Tuesday, July 19, 2011

Sejarah Bola Sepak

Asal usul sejarah munculnya bola sepak masih menjadi perdebatan. Beberapa dokumen menjelaskan bahawa bola sepak lahir sejak masa Romawi, sebahagian lagi menjelaskan bola sepak berasal dari negara China. FIFA sebagai badan bola sepak dunia secara resmi menyatakan bahwa bola sepak lahir dari daratan tanah besar China yaitu berawal dari permainan masyarakat Cina abad ke-2 sampai ke-3 SM. Permainan ini saat itu dikenal dengan sebutan “tsu chu “.
Dalam salah satu dokumen ketenteraan menyebutkan, pada tahun 206 SM, pada masa pemerintahan Dinasti Tsin dan Han, masyarakat Cina telah memainkan bola yang disebut tsu chu. Tsu sendiri artinya “menerjang bola dengan kaki”. Manakala chu, berarti “bola dari kulit dan mempunyai isinya”. Permainan bola ketika itu menggunakan bola yang diperbuat daripada kulit binatang, dengan menendang serta menggelecek dan memasukkanya ke sebuah jaring yang didirikan diantara dua tiang.



Versi sejarah kuno tentang bola sepak yang lain datangnya dari negara Jepun, sejak abad ke-8, masyarakat disana telah mengenal permainan bola. Masyarakat disana menyebutnya dengan: Kemari. Manakala bola yang digunapakai adalah kulit kijang namun ditengahnya sudah lubang dan berisi udara.
Menurut Bill Muray, salah seorang sejarawan bola sepak, dalam bukunya The World Game: A History of Soccer, permainan bola sepak sudah dikenal sejak awal Masehi. Pada saat itu, masyarakat Mesir Kuno sudah mengenal teknik membawa dan menendang bola yang diperbuat daripada tenunan kain linen.
Manakala sejarah yang lain adalah di Yunani Purba juga mengenal sebuah permainan yang disebut episcuro, tidak lain adalah permainan menggunakan bola. Bukti sejarah ini dapat dilihat di muzium yang melukiskan tentang orang muda memegang bola dan memainkannya dengan pahanya.
Sejarah bola sepak moden dan telah mendapat pengakuan dari berbagai pihak, asal usulnya dari Inggris, yang dimainkan pada pertengahan abad ke-19 pada sekolah-sekolah. Tahun 1857 telah ditubuhkan kelab bola sepak pertama di dunia, iaitu: Sheffield Football Club. Kelab ini adalah hasil daripada persatuan sekolah yang memperjuangkan permainan bola sepak.
Pada tahun 1863, lahirlah persatuan bola sepak Inggris, yang bernama Football Association (FA). Badan ini yang mengeluarkan peraturan permainan bola sepak, sehingga bola sepak menjadi lebih teratur, mempunyai organisasi, dan menarik untu dipertontonkan.

Selanjutnya tahun 1886 terbentuk lagi badan yang mengeluarkan peraturan bola sepak bola moden dunia, iaitu: International Football Association Board (IFAB). IFAB dibentuk oleh FA Inggris dengan Scottish Football Association, Football Association of Wales, dan Irish Football Association di Manchester.
Sejarah sepak bola semakin teruji hingga saat ini IFAB merupakan badan yang mengeluarkan berbagai peraturan pada permainan sepak bola, baik tentang teknik permainan, syarat dan tugas pengadil, bahkan sehingga perpindahan pemain.


wak:: berbangga dengan peningkatan Bola Sepak tempatan. dan Wak die-hard-fan Manchester United! 
anda pula minat kelab mana satu? Chelsea, Liverpool, Arsenal atau Kelantan?

Klik Untuk Info seterusnya..

Saturday, June 25, 2011

Teori Final Maharaja Lawak 2011


Final Maharaja Lawak baru saja melabuhkan tirai.

Berikut adalah keputusan pertandingan:

Tempat Pertama: Sepah ( RM350 000)
Tempat Kedua: Jozan ( RM250 000)
Tempat Ketiga: Nabil ( RM150 000)
Tempat Keempat: Jambu ( RM50 000)

Jika menurut perkiraan matematik, Nabil lah yang paling banyak memenangi wang hadiah kemenangan.
Mari kita kira,

Sepah (ahli kump.: 3 orang) :: RM350 000 .. Setiap sorang akan mendapat RM116 667. 

Jozan (ahli kump.: 2 orang):: RM250 000 ... Setiap seorang akan mendapat RM125 000 nye pun kan. 

Nabil:: RM150 000 ... disebabkan Nabil peserta solo, maka dia menerima kesemua wang kemenangan tersebut. Bestt brooo...

Jambu (ahli kump.: 2 orang):: RM50 000 .. setiap seorang akan mendapat RM25 000. apa pun tak bole 

Kesimpulannya, Nabil yang mendapat wang terbanyak antara kesemua peserta::

1. Nabil RM150 000
2. Jozan RM 125 000 (setiap seorang)
3. Sepah RM 116 667 (setiap seorang)
4. Jambu RM 25 000 (setiap seorang)

Tahniah buat Sepah yang menjuarai Maharaja Lawak yang pertama. Anda memang terbaik. Tapi, bagi Wak, Jozan pun terbaik.. Raja Lawak Pertama dan Maharaja Lawak Pertama mereka mendapat tempat kedua. Tapi, Jozan lah yang mendapat job terbanyak dan paling berjaya dalam industri hiburan di negara kita yang terhasil dari fenomena Raja Lawak ini.

wak:: Maharaja Lawak lagi gempak daripada Akademi Fantasia. setuju??  sapa paling untung antara Nabil, Sepah, Jozan atau Jambu?? ASTRO lah yang paling untung nye pon kan hadoii

Klik Untuk Info seterusnya..

Wednesday, June 22, 2011

Merompak Bank Sebanyak $1 Demi Penjagaan Kesihatan

Inilah kisah benar seorang bernama Verone, rakyat Amerika....

James Richard Verone bangun pagi 9 Jun dengan tenang.

Mandi.

Menggosok baju.

Menaiki teksi.

Kemudian merompak bank.
Awal bulan ini, Verone (gambar), 59, berjalan ke bank di Gaston, Utara Carolina, dan kemudian memaksa pegawai bank menyerahkan wang sebanyak USD1. Dia kemudian dengan tenang dan sabar menunggu ketibaan polis untuk datang menangkapnya. 

Kini dia berada dalam penjara dan mempunyai temu janji dengan doktor minggu ini. Masalah Verone bermula apabila dia kehilangan kerja sebagai penghantar minuman coca cola yang dia lakukan selama 17 tahun disebabkan masalah ekonomi Amerika. Dia kemudian menemui kerja baru sebagai pemandu trak, tapi ianya tidak bertahan lama. Akhirnya dia menganggur. Dengan penyakit tulang belakang dan masalah di kaki kiri, dia akhirnya terdesak mencari wang untuk mendapatkan rawatan. Akhirnya, dia menemukan penyelesaian yang luar biasa. Merompak bank, kemudian ditahan, lalu dimasukkan ke dalam penjara, dan mendapatkan penjagaan diri secara percuma! Cuma inilah saja jalan yang terbaik. Dia tahu dia memerlukan bantuan, tapi dia tidak mahu menyusahkan adik beradiknya yang lain.

Maka, pada 9 Jun 2011, segala perancangan bermula. bangun pagi, mandi, menggosok pakaian. Dia menaiki teksi untuk membawanya ke bank RBC. Kemudian, dia memaksa juruwang memberikannya wang sebanyak $1. "Saya tidak takut" kata Veron. "Saya akan tunggu disini sehingga pegawai polis datang".

Akan tetapi, disebabkan dia cuma meminta wang sebanyak $1, Verone dikenakan tindakan sebagai  mencuri bukan merompak. Tapi dia menyatakan, jika hukuman yang dikenakan tidak cukup berat, dia merancang untuk melakukannya lagi dan akan meminta jumlah yang lebih besar. Akhirnya, dia dimasukkan ke penjara dan mendapatkan penjagaan kesihatan percuma seperti perancangannya.

Sebuah kata-kata daripada dia sendiri, "Jika anda tidak memiliki kesihatan, anda tidak memiliki apa-apa".

Dia memilih jalan terbaik daripada pilihan yang teruk. "Saya memilih penjara".

sumber:: Yahoo

Klik Untuk Info seterusnya..

Sejarah Kad Merah dan Kad Kuning dalam Bola Sepak

Apakah penggunaan kad merah dan kuning sudah dikenali seperti sekarang ini sejak bola sepak moden muncul? Jawapannya tidak. Kad merah dan kuning baru diperkenalkan pada Piala Dunia 1970.

Namun, inspirasinya muncul pada Piala Dunia 1966, pada perlawanan suku akhir  antara tuan rumah England dan Argentina. Pengadil pertandingan itu berasal dari Jerman, yakni Rudolf Kreitlein.

Kerana melakukan terjahan yang kuat, kapten Argentina, Antonio Rattin, dikeluarkan oleh Kreitlein. Namun, Rattin tak paham apa maksud pengadil yang berasal dari Jerman itu. Dia pun tak segera meninggalkan padang bola.

Pengadil England yang turut bertugas di pertandingan itu, Ken Aston, kemudian masuk ke padang. Dengan sedikit pengetahuan dalam bahasa Argentina, dia merayu Rattin untuk meninggalkan padang. Sebabnya, pengadil pertandingan, Rudolf Kreitlein, hanya tahu bahasa Jerman dan Inggris, ia kesulitan menjelaskan keputusannya kepada Rattin.

Kerana hal ini, Ken Aston kemudian berpikir. Perlunya komunikasi universal yang dapat difahami semua orang, ketika pengadil memberi peringatan kepada pemain atau mengeluarkannya dari padang. Dengan demikian, pengadil tak perlu membuat penjelasan dengan bahasa yang mungkin tak diketahui pemain.

Suatu hari, dia berhenti di persimpangan jalan. Melihat lampu lalu lintas, dia kemudian mendapatkan idea. Kemudian, dia mencadangkan supaya pengadil dibekalkan kad kuning dan merah. Kad kuning untuk memberi peringatan kepada pemain yang melakukan pelanggaran. Manakala kad merah untuk perlanggaran  yang teruk, dan pemain yang melakukan pelanggaran itu mesti keluar dari padang.

Idea itu diterima FIFA. Pada Piala Dunia 1970, kad kuning dan merah kali pertama digunakan. Akan tetapi, sepanjang Piala Dunia 1970 tak satu pun pemain yang dilayangkan kad merah. Hanya kad kuning yang sempat dilayangkan sehingga kad merah tak digunapakai pun pada Piala Dunia 1970.

Mesti pun idea tersebut datang daripada pengadil Inggris, negara itu tak serta merta menerapkannya di pertandingan bola di negara mereka. Kad merah dan kuning baru digunakan di kejohanan bola sepak Inggris pada 1976. Disebabkan pengadil kemudian terlalu mudah melayangkan kad dan diprotes banyak pemain, penggunaannya sempat dihentikan pada 1981 dan 1987.

Yang menariknya, idea ini diaplikasikan dalam pertandingan hoki. Bahkan, kad-kad peringatan dalam sukan hoki ini menggunakan tiga warna seperti lampu lalu lintas: hijau, kuning, dan merah. Hijau untuk peringatan, kuning untuk mengeluarkan pemain sementara waktu, dan merah untuk mengeluarkan pemain secara kekal.


the end...... layan pulak gelagat-gelagat pemain bola sepak yang dilayangkan kad::







wakaka kesian reff tu

Klik Untuk Info seterusnya..

Artikel Menarik Di Sini: