Wednesday, June 22, 2011

Merompak Bank Sebanyak $1 Demi Penjagaan Kesihatan

Inilah kisah benar seorang bernama Verone, rakyat Amerika....

James Richard Verone bangun pagi 9 Jun dengan tenang.

Mandi.

Menggosok baju.

Menaiki teksi.

Kemudian merompak bank.
Awal bulan ini, Verone (gambar), 59, berjalan ke bank di Gaston, Utara Carolina, dan kemudian memaksa pegawai bank menyerahkan wang sebanyak USD1. Dia kemudian dengan tenang dan sabar menunggu ketibaan polis untuk datang menangkapnya. 

Kini dia berada dalam penjara dan mempunyai temu janji dengan doktor minggu ini. Masalah Verone bermula apabila dia kehilangan kerja sebagai penghantar minuman coca cola yang dia lakukan selama 17 tahun disebabkan masalah ekonomi Amerika. Dia kemudian menemui kerja baru sebagai pemandu trak, tapi ianya tidak bertahan lama. Akhirnya dia menganggur. Dengan penyakit tulang belakang dan masalah di kaki kiri, dia akhirnya terdesak mencari wang untuk mendapatkan rawatan. Akhirnya, dia menemukan penyelesaian yang luar biasa. Merompak bank, kemudian ditahan, lalu dimasukkan ke dalam penjara, dan mendapatkan penjagaan diri secara percuma! Cuma inilah saja jalan yang terbaik. Dia tahu dia memerlukan bantuan, tapi dia tidak mahu menyusahkan adik beradiknya yang lain.

Maka, pada 9 Jun 2011, segala perancangan bermula. bangun pagi, mandi, menggosok pakaian. Dia menaiki teksi untuk membawanya ke bank RBC. Kemudian, dia memaksa juruwang memberikannya wang sebanyak $1. "Saya tidak takut" kata Veron. "Saya akan tunggu disini sehingga pegawai polis datang".

Akan tetapi, disebabkan dia cuma meminta wang sebanyak $1, Verone dikenakan tindakan sebagai  mencuri bukan merompak. Tapi dia menyatakan, jika hukuman yang dikenakan tidak cukup berat, dia merancang untuk melakukannya lagi dan akan meminta jumlah yang lebih besar. Akhirnya, dia dimasukkan ke penjara dan mendapatkan penjagaan kesihatan percuma seperti perancangannya.

Sebuah kata-kata daripada dia sendiri, "Jika anda tidak memiliki kesihatan, anda tidak memiliki apa-apa".

Dia memilih jalan terbaik daripada pilihan yang teruk. "Saya memilih penjara".

sumber:: Yahoo

Artikel Menarik Di Sini: