Thursday, December 22, 2011

Korea Utara menangis!

Jutaan penduduk meratapi kematian bekas pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il. Stesen televisyen pemerintah menunjukkan imej orang ramai bersedih dan menangis di hadapan potret Jong-il, lelaki yang memimpin Korea Utara semasa negara berkenaan mengalami krisis kebuluran yang membunuh ratusan ribu penduduknya.


Tempat-tempat awam bertukar menjadi lautan orang ramai yang menangis semasa mereka melihat potret Kim Jong-il yang tersenyum," kata sebuah agensi berita rasmi Korea Utara.

Menurut agensi berita berkenaan, sekurang-kurangnya lima juta orang melawat potret dan patung Jong-il di sekitar ibu kota Korea Utara, Pyongyang, untuk memberi penghormatan terakhir kepadanya.

Angka tersebut mewakili lebih satu perlima daripada keseluruhan penduduk Korea Utara.

Mayat bekas pemimpin itu berada di dalam sebuah keranda kaca selepas beliau mati pada Sabtu lepas akibat serangan jantung semasa beliau berusia 69 tahun.

Jong-il menjadi pemerintah tertinggi Korea Utara selama 17 tahun dari 1994 hingga 2011 selepas kematian bapanya.

Beliau digantikan oleh anak bongsunya, Kim Jong-un yang baru berusia lewat 20-an sekali gus menjadi antara pemimpin negara termuda di dunia.

Lagi gambar-gambar kesedihan Korea Utara:










Untuk lagi feel, sila layan video ini:



Wak: Terbukti dorang ni sayang dengan pemimpin dorang. kita bagaimana?? he he he!
sumber
Klik Untuk Info seterusnya..

Gambar Duit Baru Malaysia 2012

Mulai Julai 2012, Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan wang kertas baru yang mempunyai note RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100. BNM juga dalam masa yang sama akan mengeluarkan duit Syiling baru.

Kakitangan Bank Negara, Nor Aimah Mohd Nor,32, menunjukkan Note baru Ringgit Malaysia yang akan di keluarkan pada Julai tahun depan.






ini pula duit syiling baru:


wak: jangan tertukar plak dengan duit saidina nanti

Klik Untuk Info seterusnya..

Tuesday, December 20, 2011

Jawapan Mahasiswa (Lawak)

Hangat isu seorang Mahasiswa menurunkan bendera DS Najib Tun Razak, berikut antara bantahan Pemuda UMNO;


Berikut pula jawapan yang dilontarkan Mahasiswa:


p/s: kekekeke mahasiswa sekarang memang pandai. Mahasiswa win!

Klik Untuk Info seterusnya..

Wednesday, December 14, 2011

Rekod Baru "Tweets Per Second" (TPS)

Berjaya mendahului Beyonce (sigh, I can’t believe I’m writing this), rekod baru 'Tweets per Second' berjaya dipecahkan. Menurut kenyataan oleh Twitter, penayangan siri televisyen Jepun "Castle in the Sky" oleh Hayao Miyazaki direkodkan sebanyak 25088 Tweets sesaat, lebih dua kali ganda rekod TPS sebelumnya, pada 9 Disember lepas.

Sebelum "Castle in the Sky" rekod Tweet per seconds itu telah dicipta pada Ogos lepas apabila pengumuman kehamilan Beyonce di MTV yang memberikan 8868 Tweets sesaat. Sebelum itu, rekod TPS mengenai pemain pasukan bola sepak wanita Amerika Syarikat pada 7196 Tweets sesaat.

Other notable Twitter events? kematian Steve Jobs pada 6049 TPS, kematian Osama Bin Laden pada 5106 TPS, Super Bowl 2011 pada 4064 TPS, Sambutan Tahun Baru 2010 di Jepun pada 6939 TPS,gempa bumi di Jepun dan Tsunami pada bulan Mac iaitu 5530 TPS dan Perkahwinan Diraja England pada bulan April pada 3966 TPS. Peristiwa-peristiwa Jepun muncul beberapa kali di sini tidak mengejutkan, yang mana Jepun adalah bahasa kedua yang paling popular di Twitter.

"Castle di Sky" adalah sebuah filem animasi terbaik telah termasuk salah satu daripada 100 animasi terbaik sepanjang zaman. Dan kini ia mempunyai rekod baru yang tersendiri".


Klik Untuk Info seterusnya..

Artikel Menarik Di Sini: