Sunday, April 10, 2011

5 Gambar yang Pernah Menggemparkan Dunia

Berikut adalah lima foto tragedi-tragedi paling sadis yang terjadi diberbagai belahan dunia, dan paling menggemparkan dunia pada masa itu. Layan....


1.Biarawan Terbakar - Thích Quảng Đức seorang Budha Vietnam yang membakar dirinya sampai mati di persimpangan jalan Saigon yang ramai pada 11 Jun 1963, sebagai protes terhadap penganiayaan terhadap penganut Budha di Vietnam.

2.Tentera Iraq - Gambar yang menunjukkan seorang tentara Iraq yang terbakar hangus di kabin depan trak yang hancur.

3.Penguburan Kanak-Kanak - Salah satu korban dari bencana industri terburuk di dunia yang dikenal dengan tragedi gas Bhopal, terjadi di sebuah kilang pestisida Union Carbide di kota Bhopal, India pada 3 Desember 1984. Pabrik tersebut mengeluarkan gas dan racun yang memberikan impak ke atas lebih dari 500 000 orang.

4.Kanak-kanak Sudan - Seorang kanak-kanak Sudan diikuti oleh seekor burung pemakan bangkai di dekatnya. Sangat jelas bahwa anak itu hampir mati kelaparan, sementara burung pemangsa dengan sabar menunggu anak tersebut mati sehingga mendapat makanannya. Tak seorang pun tahu apa yang terjadi pada anak tersebut, yang merangkak ke arah sebuah kem makanan PBB. Fotografer Kevin Carter memenangi anugerah Pulitzer Prize untuk gambar yang mengejutkan ini, tetapi akhirnya ia bunuh diri tiga bulan setelah ia mengambil gambar tersebut. Mungkin ia tidak tahan dengan hinaan orang sekitarnya.

5.Korban Taliban - Gambar tragis seorang perempuan muda Afghanistan berusia 18 tahun, Aisha adalah korban kebiadaban Taliban, hidung dan telinganya dipotong oleh suaminya sendiri.

Wak!: Apa yang anda lihat di atas ini bukanlah gambar yang di-photoshop. Ia adalah gambar dari situasi, keadaan sebenar umat manusia hari ini. Maka, bersyukurlah atas nikmat aman negara kita.  
Klik Untuk Info seterusnya..

Thursday, April 7, 2011

Misteri ucapan Neil Armstrong

Maaf semua. Kali ne, Wak! tak post gambar. Tapi kali ne Wak! nak bercerita tentang satu kisah. Kisah benar. Kisah menarik. Cerita tentang Neil Armstrong. Semua tahu kan siapa Neil Armstrong ne, sok takyah la nak explen panjang-panjang. Ok. Begini kisahnya. Layan....


Pada 20 Julai 1969, Komander Apollo 11 Lunar Module, Neil Armstrong mencatat sejarah sebagai manusia pertama yang menjejakkan kaki di bulan. Kata-kata pertamanya setelah menjejakkan kaki ialah, "That's one small step for man, one giant leap for mankind". 


Ucapan keramat tersebut disiarkan kepada jutaan penonton TV secara langsung di seluruh bumi. Tetapi seketika sebelum dia kembali mendarat di bumi, dia membuat ucapan yang cukup misteri iaitu, "Good Luck Mr. Gorsky".

Pada ketika itu, orang-orang di NASA berpendapat ia hanya suatu sindiran halus kepada pesaing mereka iaitu angkasawan Soviet. Namun setelah disiasat, tidak ada nama Gorsky dalam rekrut angkasawan Amerika mahupun Soviet.

Bertahun-tahun selepas itu, ternyata masih ramai yang masih tertanya-tanya dan bingung memikirkan maksud sebenar ucapan Armstrong itu. Setiap kali diajukan soalan, Armstrong hanya tersenyum tanpa mahu mendedahkan apa yang dimaksudkannya itu.

Pada 5 Julai 1995 di Tampa Bay, Florida, dalam sebuah temubual, seorang wartawan kembali mengajukan pertanyaan yang sudah berusia 26 tahun itu kepada Armstrong. Kali ini barulah Armstrong mahu mendedahkan rahsia tersirat soalan itu. Katanya, disebabkan Mr. Gorsky telah meninggal dunia, maka beliau berasa tidak menjadi masalah jika dia menjawab pertanyaan itu.

Ceritanya bermula pada tahun 1938, iaitu ketika Armstrong masih kanak-kanak. Dia sedang bermain bola dengan jirannya di halaman rumah. Sedang asyik bermain, salah seorang rakannya menendang bola terlalu kuat sehingga bola itu mendarat di halaman sebuah rumah yang tidak jauh dari situ, dan berada betul-betul di bawah jendela bilik tidur. Tuan empunya rumah tersebut ialah Mr dan Mrs Gorsky.

Ketika Armstrong sedang merangkak mengambil bola, dia terdengar jeritan Mrs. Gorsky sedang marah kepada Mr. Gorsky. Dan jeritan itulah yang membuatkan Armstrong yang masih kecil pada masa itu tidak boleh melupakan kejadian itu seumur hidupnya.

Kata Mrs. Gorsky, "Sex! You want sex?! You'll get sex when the kid next door walks on the moon!!!"

Wak!: Kadang-kadang, apa yang kita anggap misteri yang perlu dirungkai hanyalah suatu benda yang terlalu remeh. Dan kadang-kadang benda yang kita anggap remeh itulah yang mendorong kita mencipta lagenda...

Klik Untuk Info seterusnya..

Tuesday, April 5, 2011

Kawal GMail Anda Hanya Dengan Gerakan Badan!


Setelah Teknologi Fearing-Motion-Sensing yang dibangunkan oleh Microsoft dan Opera Face Gestures, kini, Google pula datang dengan teknologi pengesan gerakan mereka sendiri yang membolehkan pengguna untuk mengawal Gmail menggunakan gerak tubuh.

“Gmail Motion BETA” teknologi ini bertujuan untuk memberikan alternatif bagi interaksi manusia-komputer. Google mengakui Gmail Motion ini sangat berguna dalam pengurusan email yang beroperasi menggunakan webcam built-in yang terdapat di komputer masing-masing.

Gerakan direka untuk menjadi sederhana dan intuitif bagi orang-orang dari semua peringkat. Mereka juga merancang untuk memperluaskan teknologi pengesanan gerakan ini untuk Google 
Documents (Google Documents Motion) akhir tahun ini.

 Ciri-ciri baru termasuklah gambar, videos dan gerakan yang bersesuaian adalah seperti berikut. Layan.....

GMail Motion

GMail Motion Control

Google Docs Motion

Contoh: Buat Carta Pie menggunakan Google Docs Motion

Intro GMail Motion - Layan video ne.memang beshh!!

Wak!: Bila plak Blogspot nak buat macam ne. Senang sket nak blogging.hehe

Klik Untuk Info seterusnya..

Saturday, April 2, 2011

Alat Exercise zaman dulu!

Alat untuk exercise memang sangat berguna terutama mereka yang mempunyai masalah PJK (perut jalan kedepan) hehe. Kita dapat lihat alat2 ini banyak dijual di kedai spt ogawa, gintel dsb. Tapi tahukah anda, alat exercise seperti ini telah lama wujud. Berikut bukti kukuh kewujudan beliau. layan....










wak!: mungkin nenek-nenek datuk-datuk moyang-moyang kita dulu pernah guna alat ne kan...muahahhahahah =P 
Klik Untuk Info seterusnya..

Artikel Menarik Di Sini: