Thursday, April 7, 2011

Misteri ucapan Neil Armstrong

Maaf semua. Kali ne, Wak! tak post gambar. Tapi kali ne Wak! nak bercerita tentang satu kisah. Kisah benar. Kisah menarik. Cerita tentang Neil Armstrong. Semua tahu kan siapa Neil Armstrong ne, sok takyah la nak explen panjang-panjang. Ok. Begini kisahnya. Layan....


Pada 20 Julai 1969, Komander Apollo 11 Lunar Module, Neil Armstrong mencatat sejarah sebagai manusia pertama yang menjejakkan kaki di bulan. Kata-kata pertamanya setelah menjejakkan kaki ialah, "That's one small step for man, one giant leap for mankind". 


Ucapan keramat tersebut disiarkan kepada jutaan penonton TV secara langsung di seluruh bumi. Tetapi seketika sebelum dia kembali mendarat di bumi, dia membuat ucapan yang cukup misteri iaitu, "Good Luck Mr. Gorsky".

Pada ketika itu, orang-orang di NASA berpendapat ia hanya suatu sindiran halus kepada pesaing mereka iaitu angkasawan Soviet. Namun setelah disiasat, tidak ada nama Gorsky dalam rekrut angkasawan Amerika mahupun Soviet.

Bertahun-tahun selepas itu, ternyata masih ramai yang masih tertanya-tanya dan bingung memikirkan maksud sebenar ucapan Armstrong itu. Setiap kali diajukan soalan, Armstrong hanya tersenyum tanpa mahu mendedahkan apa yang dimaksudkannya itu.

Pada 5 Julai 1995 di Tampa Bay, Florida, dalam sebuah temubual, seorang wartawan kembali mengajukan pertanyaan yang sudah berusia 26 tahun itu kepada Armstrong. Kali ini barulah Armstrong mahu mendedahkan rahsia tersirat soalan itu. Katanya, disebabkan Mr. Gorsky telah meninggal dunia, maka beliau berasa tidak menjadi masalah jika dia menjawab pertanyaan itu.

Ceritanya bermula pada tahun 1938, iaitu ketika Armstrong masih kanak-kanak. Dia sedang bermain bola dengan jirannya di halaman rumah. Sedang asyik bermain, salah seorang rakannya menendang bola terlalu kuat sehingga bola itu mendarat di halaman sebuah rumah yang tidak jauh dari situ, dan berada betul-betul di bawah jendela bilik tidur. Tuan empunya rumah tersebut ialah Mr dan Mrs Gorsky.

Ketika Armstrong sedang merangkak mengambil bola, dia terdengar jeritan Mrs. Gorsky sedang marah kepada Mr. Gorsky. Dan jeritan itulah yang membuatkan Armstrong yang masih kecil pada masa itu tidak boleh melupakan kejadian itu seumur hidupnya.

Kata Mrs. Gorsky, "Sex! You want sex?! You'll get sex when the kid next door walks on the moon!!!"

Wak!: Kadang-kadang, apa yang kita anggap misteri yang perlu dirungkai hanyalah suatu benda yang terlalu remeh. Dan kadang-kadang benda yang kita anggap remeh itulah yang mendorong kita mencipta lagenda...

Comments (12)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
mmg klasik cerita ni. kita kena percaya kebolehan kita kerana kdg2 gurauan org kt kita tu boleh menjadi satu menda serius yg boleh kita usahakan :)
1 reply · active 730 weeks ago
tu la..banyak juga benda mcm ne kt mesia...penah, Dr. M cakap dia nak buat kilang kreta buatan tempatan,.jenama tempatan...pada masa tu, ramai yg gelakkn beliau..jgn mimpi knon.. tpi sekarang, kita boleh lihat hasil nya....
banyak makna tersirat
Serius terjadi? Nape Mr.Gorsky x kawin lain je, senang cite.
1 reply · active 725 weeks ago
haha siyes la..
hahaha...
budak bumi's avatar

budak bumi · 721 weeks ago

bodoh..mne ade manusia yg dh smpi bulan..tipu je tuh..
erk..mane ade manusia yang dah sampai bulan???
1 reply · active less than 1 minute ago
da ade la . neil armstrong . mmg btl banyak yg menyangkal,beliau da sampai bulan...bnyk sbb dan bukti yg dorg tunjukkan..tapi smua tu da di bongkar oleh mythbuster . sahh dorg da smpai bulan
budak bumi's avatar

budak bumi · 718 weeks ago

xpernah sampai, propaganda amerika semua tu..bnyk fact yg menyangkal manusia pnh smpi ke bln..neil armstrong cume mengelilingi orbit selame 8 hari..time tu dorg siarkan video palsu yg dibuat sebelumnyer..rusia xpnh pn antr angkasawan dorg ke bulan, sbb mmg xboleh pn lepas radiasi kt sne..hakikatnyer, cerita palsu amerika pergi ke bulan cume wujud pd thn 1960-70an shj..zaman yg serba canggih skrg xde pn org pnh sampai ke bln..why?lu pikirlah sendiri.!
1 reply · active less than 1 minute ago
haha yeke bro...ok
hahahaaa.. ngakak :D

Post a new comment

Comments by

Artikel Menarik Di Sini: