Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts

Thursday, December 22, 2011

Korea Utara menangis!

Jutaan penduduk meratapi kematian bekas pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il. Stesen televisyen pemerintah menunjukkan imej orang ramai bersedih dan menangis di hadapan potret Jong-il, lelaki yang memimpin Korea Utara semasa negara berkenaan mengalami krisis kebuluran yang membunuh ratusan ribu penduduknya.


Tempat-tempat awam bertukar menjadi lautan orang ramai yang menangis semasa mereka melihat potret Kim Jong-il yang tersenyum," kata sebuah agensi berita rasmi Korea Utara.

Menurut agensi berita berkenaan, sekurang-kurangnya lima juta orang melawat potret dan patung Jong-il di sekitar ibu kota Korea Utara, Pyongyang, untuk memberi penghormatan terakhir kepadanya.

Angka tersebut mewakili lebih satu perlima daripada keseluruhan penduduk Korea Utara.

Mayat bekas pemimpin itu berada di dalam sebuah keranda kaca selepas beliau mati pada Sabtu lepas akibat serangan jantung semasa beliau berusia 69 tahun.

Jong-il menjadi pemerintah tertinggi Korea Utara selama 17 tahun dari 1994 hingga 2011 selepas kematian bapanya.

Beliau digantikan oleh anak bongsunya, Kim Jong-un yang baru berusia lewat 20-an sekali gus menjadi antara pemimpin negara termuda di dunia.

Lagi gambar-gambar kesedihan Korea Utara:










Untuk lagi feel, sila layan video ini:



Wak: Terbukti dorang ni sayang dengan pemimpin dorang. kita bagaimana?? he he he!
sumber
Klik Untuk Info seterusnya..

Sunday, April 10, 2011

5 Gambar yang Pernah Menggemparkan Dunia

Berikut adalah lima foto tragedi-tragedi paling sadis yang terjadi diberbagai belahan dunia, dan paling menggemparkan dunia pada masa itu. Layan....


1.Biarawan Terbakar - Thích Quảng Đức seorang Budha Vietnam yang membakar dirinya sampai mati di persimpangan jalan Saigon yang ramai pada 11 Jun 1963, sebagai protes terhadap penganiayaan terhadap penganut Budha di Vietnam.

2.Tentera Iraq - Gambar yang menunjukkan seorang tentara Iraq yang terbakar hangus di kabin depan trak yang hancur.

3.Penguburan Kanak-Kanak - Salah satu korban dari bencana industri terburuk di dunia yang dikenal dengan tragedi gas Bhopal, terjadi di sebuah kilang pestisida Union Carbide di kota Bhopal, India pada 3 Desember 1984. Pabrik tersebut mengeluarkan gas dan racun yang memberikan impak ke atas lebih dari 500 000 orang.

4.Kanak-kanak Sudan - Seorang kanak-kanak Sudan diikuti oleh seekor burung pemakan bangkai di dekatnya. Sangat jelas bahwa anak itu hampir mati kelaparan, sementara burung pemangsa dengan sabar menunggu anak tersebut mati sehingga mendapat makanannya. Tak seorang pun tahu apa yang terjadi pada anak tersebut, yang merangkak ke arah sebuah kem makanan PBB. Fotografer Kevin Carter memenangi anugerah Pulitzer Prize untuk gambar yang mengejutkan ini, tetapi akhirnya ia bunuh diri tiga bulan setelah ia mengambil gambar tersebut. Mungkin ia tidak tahan dengan hinaan orang sekitarnya.

5.Korban Taliban - Gambar tragis seorang perempuan muda Afghanistan berusia 18 tahun, Aisha adalah korban kebiadaban Taliban, hidung dan telinganya dipotong oleh suaminya sendiri.

Wak!: Apa yang anda lihat di atas ini bukanlah gambar yang di-photoshop. Ia adalah gambar dari situasi, keadaan sebenar umat manusia hari ini. Maka, bersyukurlah atas nikmat aman negara kita.  
Klik Untuk Info seterusnya..

Artikel Menarik Di Sini: