Showing posts with label hacker. Show all posts
Showing posts with label hacker. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

Kisah Facebook Ini Pasti Menakutkan Anda!

Apabila bermain Facebook, kita tidak terlalu memikirkan sangat tentang aktiviti yang kita lakukan seperti like status, tambah rakan baru mahupun mengirim mesej. It simply just like "touch and go". Tapi jika anda tidak pernah memikirkan berapa banyak perkara yang Facebook tahu, this story will blow your mind!

Cerita di sebalik ini, mengikut threatpost, bahawa Max Schrems berasal dari Vienna, Austria telah menghantar permintaan rasmi untuk mendapatkan data dari Facebook. Sejak Schrems tinggal di Eropah, Kerajaan memastikan hak untuk boleh mengeksport data daripada rangkaian sosial. Apa yang dia diterima? selepas menunggu, dia menerima cakera yang mengandungi 1222 fail PDF, memperincikan setiap langkahnya!


Pendek kata, setiap langkah yang Schrems pernah dibuat di laman web ini telah direkodkan, termasuk mesej-mesej lama yang telah dipadamnya. Pekerjaan, hubungan, gambar geotagged... semuanya ada, dalam 1222 fail itu juga, setiap jam perkara yang dilakukan diperincikan dengan tepat pada kira-kira 1400 muka surat itu sendiri.


Kisah ini telah di-videokan. video ini pasti membuka mata, dan harus menjadikan kita sedikit lebih sedar tentang apa yang kita kongsikan di luar sana. Selepas semua, Sean Parker berkata tentang Facebook, “there’s good creepy and then there’s bad creepy.” Dan ingat, hampir semua yang anda lakukan akan diserahkan kepada pihak polis jika Facebook mendapat sepina.

This is the video:


Klik Untuk Info seterusnya..

Thursday, April 14, 2011

3 Hacker Terkemuka Dunia!

Dunia hacker sudah dikenali sejak adanya komputer, dan mereka mulai lebih merajalela sejak adanya internet. Pengetahuan mereka dalam bidang ini tidak dapat dinafikan lagi. Berikut merupakan antara 3 orang penggodam yang paling terkenal didunia. Layan...

. Kevin Mitnick (lahir 6 Ogos 1963) - Kevin dikenali kerana aksi hackernya yang cukup menghebohkan Amerika, dan merupakan "the most wanted computer criminal in United States history". Kisah hidupnya sempat di-filmkan sebanyak 2 kali di Hollywood, dengan tajuk
 'Takedown' dan 'Freedom Downtime'.
Kevin memulakan aksi hackernya pertama kali terhadap sistem pengangkutan di Los Angeles. Setelah berhasil menggodam sistem 'punchcard', dia boleh memakai bas kemana saja dengan percuma. Aksi berikutnya Kevin adalah menggodam sistem telepon, dimana dia boleh menggunakan perkhidmatan telepon jarak jauh dengan percuma. Segalanya percuma!
Setelah mengenal komputer, Kevin sempat melakukan hacking pada:
- DEC (Digital Equipment Corporation) system
- IBM Mini Komputer di 'Computer Learning Center Los Angeles'
- Hacking sistem Motorola, NEC, Nokia, Sun Microsystems dan Fujitsu Siemens
- Mengganggu sistem FBI
Kevin akhirnya ditangkap dan menjalani hukuman penjara selama 5 tahun. Dirinya baru dibebaskan pada tahun 2000. Setelah bebas, dia dilarang sama sekali daripada memakai peralatan telekomunikasi dan telepon hingga tahun 2003. Setelah Kevin menuntut haknya di mahkamah, akhirnya dirinya diperbolehkan menggunakan alat komunikasi dan komputer. Ketika ini Kevin bekerja sebagai seorang konsultan sekuriti komputer. Pehhhhh!




 Adrian Lamo (lahir 1981) - Adrian adalah seorang jurnalis dan seorang hacker. Dia terkenal terutama dalam hacking rangkaian jaringan komputer yang mempunyai 
tinggi sekuriti yang tinggi.
Dirinya mulai dikenal orang setelah berhasil menggodam sistem komputer 'The New York Times' pada tahun 2002 dan 'Microsoft'. Dia juga diketahui dapat mengenalpasti kekurangan dalam keamanan jaringan komputer dari pusat kegiatan hackernya yang termasuk dalam senarai 'Fortune 500 companies' dan kemudian memberitahu mereka kelemahan dan kekurangan yang dia ditemui.
Kes ini sempat diteliti oleh FBI selama 15 bulan, setelah New York Times melaporkan adanya sistem mereka yang dicerobohi. Akhirnya pada tahun 2003 bahawa penyebabnya adalah Adrian. Adrian sempat bersembunyi beberapa hari, dan akhirnya menyerahkan diri ke FBI pada tahun 2004.
Adrian akhirnya menjalani hukuman 'tahanan rumah' oleh orang tuanya, dan 2 tahun masa percubaan dengan denda sebanyak $65,000. Adrian juga diyakini berusaha menggodam sistem komputer Yahoo!, Sun Microsystem, Bank of America, dan CitiGroup, dengan memanfaatkan kekurangan dan kelemahan  sekuriti yang ada.

Jonathan James (lahir 12 Desember 1983) - James adalah orang Amerika Syarikat termuda yang dijatuhi hukuman atas kesalahan dalam dunia cyber. Ketika baru umur 16 tahun dia dimasukkan ke penjara karena  menceroboh laman web bahagian pertahanan Amerika.
Dia mengaku melakukan hacking adalah sebuah percubaan dan melakukan untuk suka-suka. NASA juga tidak ketinggalan dalam terkena daripada kehebatan James, James berjaya mencuri (download) software NASA yang dianggarkan bernilai $1.7 juta dollar AS pada tahun 1999. NASA terpaksa untuk mematikan server dan sistemnya akibat dari perbuatan si James selama tiga minggu. Dan setelah itu NASA terpaksa mengeluarkan bajet sekitar $41,000 untuk membetulkan sistem mereka yang diceroboh. 6 bulan setelah James menggodam NASA, dia ditangkap di rumahnya oleh polis tempatan pada jam 6 pagi. Dia menjalani hukuman penjara 6 bulan karena masih di bawah umur, 
dan hukuman 'tahanan rumah' hingga umurnya mencapai 21 tahun.
James dilarang daripada berinterkasi dengan komputer selama itu. Akhirnya, James meninggal dunia pada 18 Mei 2008, tidak ada maklumat tentang penyebab kematiannya.

Wak!: Pehhhhh mereka-mereka ne memang power. Tapi ada lagi seorang yang sepatutnya dimasukkan dalam senarai ne, beliau adalah: Julian Assange.
Klik Untuk Info seterusnya..

Artikel Menarik Di Sini: