Friday, June 9, 2017

Bagaimana Saya Tukar Harga Tiket Penerbangan Balik Raya Dari RM1180 Ke RM400

Bagaimana saya ‘menukarkan’ tiket penerbangan raya RM1180 kepada RM400. Berikut yang telah saya lakukan:


1. Asal tujuan adalah KUL – TWU (KL – Tawau). Tiket 2 ke 3 hari sebelum raya mencecah RM1180.


2. Laluan alternatif adalah KUL – BKI – TWU (KL – Kota Kinabalu – Tawau). Ini adalah penerbangan menggunakan ‘connecting flight’ MAS, AirAsia (AA) atau Malindo. Harga juga turut mencecah RM1000.


3. Lagi alternatif, KUL – Labuan, Labuan – BKI (via feri), BKI – TWU. Pun harga KUL – Labuan mencecah RM800.


4. Lagi alternatif, KUL – Bandar Seri Begawan – BKI. Pun tidak dapat. Laluan ni antara yang termahal.


4. Reda dan pasrah, beraya jauh di perantauan untuk tahun ini. Malam-malam sebelum beradu, otak selalu saja ligat berpusing mencari jalan untuk balik beraya. Hinggalah dikurniakan satu ilham.


5. KUL – MANILA – BKI – TWU



KUL – MANILA RM268

4 jam perjalanan

Harga asal RM298 (diskaun dari Traveloka RM30)


MANILA – BKI RM145

2 jam perjalanan

Sampai MANILA tengah malam – bersahur – kemudian terus sambung flight ke BKI awal pagi tu


BKI – TWU Free tumpang kereta member.

6 jam perjalanan darat melalui Kota Kinabalu-Papar-Keningau-Kalabakan-Tawau (laluan Keningau-Kalabakan tanpa akses line telefon selama 2 jam)


Jumlah pelaburan: RM268 + RM145 = RM413

TEMPAHAN TIKET MANILA – KOTA KINABALU
6. Inilah sebahagian jihad dan perjuangan balik raya buat anak-anak Sabah di perantauan.
7. Walaupun tiada tol dan kesesakan PLUS semacam di Semenanjung, tetapi perjalanan balik sambil makan di atas awan itu menjadikan ianya mahal.
Irsyad,
Yang belajar dari pengalaman.
Klik Untuk Info seterusnya..

Wednesday, June 7, 2017

Semakan Senarai Hitam Imigresen dan PTPTN

Ambil perhatian jika anda ingin ke luar negara. Sila pastikan yang anda tidak disenarai hitam oleh PTPTN, LHDN, perintah mahkamah dan PDRM mahupun diisytihar sebagai bankrap. 
Untuk kemudahan,  Jabatan Imigresen Malaysia telah menyediakan kemudahan kepada Warganegara Malaysia yang ingin menyemak status senarai hitam ‘blacklist’ Imigresen secara online atau semakan status kawalan imigresen untuk perjalanan ke luar negara.

Semakan Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Online

Anda dinasihatkan untuk membuat semakan blacklist Imigresen atau pasport ini sebelum merancang ke luar negara bagi mengelakkan sebarang masalah apabila mengetahui pasport anda tidak sah sewaktu tiba di lapangan terbang.
Antara punca nama disenarai hitam adalah dari senarai hitam oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti pihak keselamatan, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Jabatan Pendaftaran, LHDN dan PTPTN.

Applikasi Semakan Senarai Hitam Imigresen Online

Untuk membuat semakan Senarai Hitam Imigresen Online, sila klik Applikasi Semakan di bawah ini :
Sila masukkan No Kad Pengenalan dan tekan butang SEMAK
Jika anda tidak dihalang daripada meninggalkan negara ini, status semakan akan terpapar sebagai “Tiada Halangan” ( anda tak disekat )
Satu kaedah alternatif lain untuk memeriksa status imigresen adalah dengan menghubungi Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) di 03-88801000.




Grafik sumber : Jabatan Penerangan Malaysia

Semakan Senarai Hitam PTPTN

Kepada peminjam pinjaman PTPTN, semakan Senarai Hitam PTPTN boleh disemak dengan menggunakan pautan dibawah.
Semakan boleh di buat secara online dengan mengisi No Kad Pengenalan, No Telefon dan e-Mail. Untuk makluman, peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan akan disenarai hitamkan secara berperingkat.

Punca Individu Disenarai Hitamkan

Berikut adalah diantara punca atau sebab seseorang individu itu disenarai hitam atau dilarang ke luar negara:
  1. Gagal membayar cukai pendapatan
  2. Kegagalan membayar pinjaman PTPTN
  3. Gagal membayar levi pekerja asing
  4. Terlibat dalam kes jenayah
  5. Bankrap
  6. Menetap melebihi had yang dibenarkan di luar negara

Nasihat Tambahan

Anda juga dinasihatkan untuk menyemak status senarai hitam 24 jam sebelum berlepas. 

Ini kerana terdapat laporan individu yang disenaraikan hitam beberapa jam sebelum 

berlepas walaupun telah memeriksa beberapa kali yang menunjukkan 

status "Tiada Halangan".



Klik Untuk Info seterusnya..

Sunday, September 23, 2012

25 Fakta yang Senggama Minda!

Mindblowing!

Kami di blog Wakluuu adalah peminat fakta-fakta rawak. Mengetahui sesuatu yang baru dan senggama minda tentang diri dan perkara sekitar kita adalah sangat awesome! Kami juga ada koleksi buku tentang fakta seperti "The Book of Last" dan "The Answer Book" yang diterbitkan oleh National Geographic. Kami memutuskan untuk mengumpulkan fakta-fakta menarik untuk dikongsi bersama. Ini adalah hasil.  Check out these facts and allow yourself to be baffled!




































Klik Untuk Info seterusnya..

Infografik - Psikologi Warna

Disebabkan kami di blog Wakluuu adalah dalam kalangan pelajar, maka amat sukar juga untuk update entri setiap masa macam BlogSerius yang update 4-5 entri setiap hari. Well done! Tak pernah jumpa blogger yang konsisten macam Obe.

Anyway, bukan cerita Obe Si Konsisten yang kami nak ceritakan, tapi berkaitan warna. Dayyum, rasa sangat hambar cerita pasal warna ni. Dah takda modal. aherherher. Tapi its ok. Boleh layan infografik dibawah:


Klik Untuk Info seterusnya..

Artikel Menarik Di Sini: